Human papillomavirus (HPV) adalah sekumpulan virus yang merangkumi lebih daripada 100 jenis yang berbeza.1 Di antaranya, 40 jenis HPV boleh menjangkiti kawasan kelamin dan mempunyai risiko penyakit yang berbeza.1
HPV berisiko rendah biasanya tidak menyebabkan gejala.2 Kira-kira 90% ketuat di bahagian kelamin disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11 yang tidak menyebabkan kanser.1,2 Jenis HPV lain pula menyebabkan ketuat pada bahagian badan yang lain.2
HPV jenis berisiko tinggi sering dikaitkan dengan kanser serviks, faraj dan vulva pada wanita, dan peningkatan risiko kanser dubur atau zakar dalam kalangan lelaki.1 Kebanyakkan kanser yang berpunca daripada HPV adalah hasil jangkitan HPV jenis 16 and 18.1
HPV adalah jangkitan kelamin (sexually transmitted infection, STI) yang paling kerap berlaku di dunia. Lebih kurang 80% daripada golongan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV pada satu ketika dalam hidup mereka.3 Jangkitan HPV bukanlah tanda ketidaksetiaan, dan kebanyakan pasangan yang aktif secara seksual biasa dijangkiti virus HPV dari jenis yang sama.4
Bincang tentang HPV dengan pasangan anda kerana jangkitan HPV juga membabitkan mereka.
Di Malaysia, prevalens HPV adalah paling tinggi dalam kalangan wanita yang berusia bawah 25 tahun, diikuti oleh mereka yang berusia 31–40 dan 51–60 tahun, dan seterusnya berkurang seiring usia yang semakin lanjut.5 Sebaliknya, risiko jangkitan HPV pada lelaki adalah sama tanpa kira usia.6
Jenis HPV-risiko tinggi yang cenderung menjangikiti lelaki dan wanita dan boleh mengakibatkan kanser adalah HPV 16, 18, 45, 51 dan 52.7,8
Pemandiri kanser serviks berkongsi cerita tentang kepentingan perlindungan daripada HPV.
Ambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit yang berpunca daripada HPV: